Skip to main content
Berita TempatanKedah

Bubur Asyura Cheese di Majlis Asyura Perdana Negeri Kedah

By 29 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syuhada Yasin (Alor Setar)

ALOR SETAR, 29 Okt (Malaysiaaktif) — Kerajaan Negeri Kedah meneruskan tradisi Majlis Asyura Perdana dengan menganjurkannya untuk kali kedua tahun ini.

Sekali lagi majlis ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 80 pasukan dari seluruh pelosok Negeri Kedah.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato Suraya Yaacob, mengalu-alukan kehadiran pasukan bertanding yang menunjukkan semangat berpasukan dan bergotong-royong ketika mengacau bubur asyura masing-masing.

 

20151029034802 (1)

 

Beliau yang mewakili Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menyeru para peserta meneruskan tradisi membuat bubur asyura agar tidak luput ditelan arus kemodenan.

Majlis Asyura Perdana ini memperagakan pelbagai resepi daripada para peserta yang merangkumi resepi tradisional dan resepi moden. Antara menu kreatif yang dihasilkan termasuk Bubur Asyura Madu Cheese, Bubur Asyura Madu Kelulut, Bubur Asyura Kelapa Muda dan Bubur Asyura Nangka Madu.

Johan Majlis Asyura Perdana dirangkul oleh Pasukan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) dari Bahagian UMNO Sungai Petani yang membawa pulang plak, sijil penyertaan dan wang tunai RM1000.00.

Salah seorang pemenang saguhati, Zatul Iffah dari Jabatan Penerangan Negeri Kedah berkata beliau tidak menyangka pasukannya berjaya merangkul hadiah kerana saingan yang amat sengit dari semua pasukan bertanding.

Sementara itu, Ketua Juri, Chef Shaifuddin dari Mercy Culinary berkata penyertaan kali ini antara yang terbaik hingga memberi cabaran dalam tugasannya untuk memilih johan.

 

20151029034802

 

 

Tinggalkan komen anda