Skip to main content
Berita TempatanPulau Pinang

Memupuk Patriotisme Melalui Deklamasi Puisi

By 29 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Zihan Zari (Georgetown)

GEORGETOWN, 29 Okt(Malaysiaaktif) — Puisi berperanan menyebarluaskan mesej-mesej penting ke arah menjana sifat sayangkan nusa bangsa. Menurut Pemangku Pegawai Penerangan Daerah Timur Laut, Ahmad Faiz Mansur program mendeklamasi puisi mampu mewujudkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata demikian di Majlis Pertandingan Deklamasi Sajak Cintakan Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Daerah Timur Laut disini, hari ini.

 

20151030004354 (1)

 

Dalam pada itu, juara Pertandingan Deklamasi Sajak Cintakan Negara Kelab 1Malaysia Daerah Timur Laut dimenangi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan AL Mashoor, Qistina Balqis Azlin, 15, menerusi sajak bertajuk ‘Suara Anak Merdeka’ karya Zaidin Abadi.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan AL Mashoor, Marsyitah Salihah Mohd Ali berkata, “tiada apa rahsia, cuma untuk deklamasi ini, pelajar perlu menjiwai setiap bait-bait sajak dengan penuh emosi.

“Selain itu, keyakinan diri dan bakat semulajadi sebenarnya bonus kepada pelajar berkenaan dan sebagai guru, kita hanya perlu membimbing dan memberi semangat kepada mereka.

Tambahnya, “program seumpama ini memang patut diadakan setiap tahun untuk memupuk rasa cinta kepada negara dan memberi pengalaman kepada pelajar.”

Deklamator Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi diwakili oleh Nurul Anis Amral memenangi tempat kedua dan Mohd Adib Izzat Mohd Nor dari Sekolah Menengah Teknik Abdul Rahman Putra mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

 

20151030004354 (2)

 

Tinggalkan komen anda