Skip to main content
Berita TempatanPulau Pinang

Dr Hilmi Ziarah Keluarga Remaja Mangsa Bunuh

By 30 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Sherul Nizam Zakaria & Azimee Abdullah

PULAU PINANG, 30 Okt (Malaysiaaktif) — Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia  merangkap Ahli Parlimen  Balik Pulau  Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya bersama Skuad Sayang Parlimen Balik Pulau pagi tadi menziarah waris mangsa pembunuhan, Intan Suraya Mawardi,17, pada 5 Oktober lalu di Flat Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar.

Bapa mangsa, Mawardi Abd. Haq, 36, menyatakan beliau sekeluarga amat tertekan dengan fitnah yang dilemparkan dalam media sosial memburukkan nama mangsa serta keluarga.

Beliau memohon agar pihak media menyiarkan cerita sebenar bagi membersihkan nama keluarga beliau.

Pada sesi ziarah ini Dr. Hilmi menzahirkan rasa simpati disamping memberikan kata-kata semangat agar keluarga waris terus tabah, redha dan yakin pihak berkuasa akan mengadili kes ini sewajarnya.

Dr. Hilmi dan Skuad Sayang turut menyampaikan wang sumbangan kepada bapa mangsa.

Menurut Dr. Hilmi lagi, pihak Kementerian Kesihatan bersedia memberikan  khidmat kaunseling kepada keluarga  mangsa untuk menghilangkan rasa trauma sekiranya diperlukan.

Beliau juga menyeru agar pihak Jawatankuasa  Kemajuan dan Keselamatan  Kampung (JKKKP) untuk meningkatkan langkah keselamatan di kawasan  kediaman agar kes jenayah sebegini tidak berulang lagi.

 

Tinggalkan komen anda