Skip to main content
Berita SarawakHome

K1M, Posmen Komuniti, Medium Sebar Maklumat- Jailani Johari

By 30 Oktober 2015Oktober 31st, 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

BINTULU, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Komuniti 1Malaysia (K1M) yang memiliki lebih 1459 pertubuhan di seluruh Malaysia wajar bergabung dengan Posmen Komuniti untuk menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyebarkan maklumat, demikian kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Jailani Johari.

Tambahnya, di Sarawak sahaja terdapat 235 K1M yang secara kebetulan jumlahnya sama dengan Posmen Komuniti. Oleh hal yang demikian kerjasama untuk meyebarkan maklumat secara bersemuka lebih mudah dilakukan kerana mereka ini lebih dekat dengan masyarakat setempat.

Posmen Komuniti ini merupakan sukarelawan yang dibayar elaun RM500 setiap seorang. Program Posmen Komuniti di bawah Pelan Transformasi Pos Sabah dan Sarawak (PTPSS) dilancarkan beliau semalam di Kuching. Posmen Komuniti melibatkan peruntukan RM20 juta dan telah pun memasuki fasa ketiga.

Beliau turut menyatakan sehingga kini pihak KKMM telah membina 203 menara komunikasi di seluruh Malaysia dan akan menambah 85 lagi di seluruh Sarawak pada tahun hadapan.

Beliau ditemui ketika menghadiri Konvensyen Konvensyen Komuniti 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2015 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Dewan Suarah Bintulu.

 

Tinggalkan komen anda