
Oleh Fazian Ahmad (Naka)
NAKA ,31 Okt (Malaysiaaktif) — Melihat keadaan kampung yang dipenuhi semak samun, pemuda Kampung Kubang Juluk di sini rasa terpanggil untuk mengadakan gotong royong membersihkan kawasan mereka.
Seorang peserta, Mohd Fisul Drahoh, melahirkan rasa syukur inisiatif mereka berjaya walaupun idea usaha ini dicetuskan dalam grup ‘Whatsapp,’ Kampung Juluk.
Idea yang sampai hingga kepada anak muda sekampung yang tinggal di bandar telah menarik mereka untuk pulang membantu membersihkan kawasan.
Mohd Abidi Abd Wahab berkata dia bersama rakan-rakan yang menetap di bandar berasa sangat terharu kerana dapat pulang untuk bersama anak muda lain melakukan usaha murni ini.
Sikap proaktif mereka kini menjadi kebanggaan seluruh penduduk kampung kerana menyumbang menjaga persekitaran kawasan sendiri.