Skip to main content
HomeViral

Jika Haramkan Vape, Rokok Pun Perlu Diharamkan

By 29 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan mengesahkan penggunaan dan perjualan rokok elektronik atau vape masih boleh sehingga undang-undang mengenainya dibuat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Ser Dr. Hilmi Yahaya memaklumkan mereka masih belum membuat sebarang keputusan untuk mengubal undang-undang baru melibatkan penggunaan vape.

“Tiada. Setakat ini belum lagi, sekarang, kami tengah menjalankan perbincangan melibatkan isu ini. Masih terlalu awal untuk mengatakan kami akan mengharamkan vape sepenuhnya,” katanya ketika ditemui media di Lobi Parlimen hari ini.

“Kita akan wujudkan undang-undang baru, kita masih belum putuskan sama ada untuk mengawal atau mengharamkan sepenuhnya, masih terlalu awal untuk bercakap mengenai itu.”

Beliau menjelaskan sekiranya kerajaan ingin mengharamkan vape, mereka juga perlu mengharamkan rokok kerana kedua-dua bahan tersebut mengandungi nikotin.

“Kalau kita nak haramkan vape, kita juga kena haramkan rokok, sebab vape juga mengandungi nikotin.

“Kalau tak ada nikotin, tak kick vape tu, jadi kena ada nikotin. Jadi, kalau kita haramkan vape, apa pula tindakan untuk tembakau? Itu isunya di sini,” katanya lagi.

Semalam, Menteri kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam memaklumkan kerajaan sedang mengkaji beberapa langkah yang sesuai berkaitan penggunaan vape dan merancang untuk melaksanakannya untuk jangka masa yang panjang.

Beliau berkata pihaknya sedang berusaha menggubal undang-undang baru untuk mengharamkan penggunaan rokok itu yang dipercayai mendapat sokongan meluas daripada rakyat.

Ogos lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan mewartakan menghisap vape sebagai haram. Persatuan E-Vaporiser dan Alternatif Tembakau Malaysia (Mevta) bagaimana pun berkata vape, juga disebut e-rokok, hanya satu cara untuk berhenti merokok.

 

 

Tinggalkan komen anda