Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kota Belud Jom Santai Langkah Bersama Sehati Sejiwa

By 30 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Yahya Abdul Rajak (Sabah)

KOTA BELUD, SABAH, 30 Okt (Malaysiaktif) – Seluruh masyarakat di sekitar Daerah Kota Belud, adalah dijemput bagi sama-sama memeriahkan lagi Program Santai Langkah Bersama Sehati Sejiwa Peringkat Daerah Kota Belud, di Perkarangan bangunan Gunasama Persekutuan Butong, mulai jam 8.00 pagi esok.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Senator Datuk Seri Dr.Mohd Salleh Tun Said merangkap ADUN N.8 Usukan.

Turut diadakan pelbagai acara menarik seperti persembahan buskers Pentarama, Pertandingan mewarna kanak-kanak, Belia Permotoran Sehati Sejiwa selain pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang akan berlangsung pada jam 8.00 pagi di lokasi sama, esok (Sabtu).

Program berkenaan merupakan anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kota Belud dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Belud.

Sepanjang perjalanan program tersebut turut dibuka kaunter khidmat aduan pelanggan bagi memberi ruang dan mendengar setiap aduan dan permasalahan daripada masyarakat setempat bagi membolehkan permasalahan tersebut dapat disalurkan terus ke pengetahuan Menteri bagi tindakan seterusnya.

Sehubungan itu, pihak penganjur mempelawa seluruh masyarakat di Daerah Kota Belud dan juga masyarakat yang berhampirannya untuk turut sama-sama memeriahkan program santai langkah bersama Mohd Salleh sehati sejiwa.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda