Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomeKedahViral

Kaunter Bergerak KWSP Memudahkan Penduduk Baling

By 8 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Mahazir Abu Hassan & Siti Yusmila Yusuf

 BALING, 8 Okt (Malaysiaaktif) — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus giat melaksanakan pelbagai program bagi memudahkan.

Semalam, sekali lagi mereka mengadakan Program Kaunter Bergerak (Mobile Team) KWSP di Daerah Baling.

Mobile Team Kaunter Bergerak KWSP Zon Utara ini memberi perkidmatan di tempat-tempat strategik di Negeri Kedah,Perak,Pulau Pinang dan Perlis dalam usaha membantu pelanggan dan orang ramai berurusan dengan KWSP tanpa perlu ke pejabat wilayah.

 

baling2

 

Menurut Pegawai Perkhidmatan KWSP Unit Mobile Team Noripah Ahmad, tujuan program ini adalah untuk memaklumkan kepada ahli KWSP dan orang ramai mengenai kepentingan penamaan di samping membantu memberikan khidmat nasihat kepada ahli.

Antara Perkhimatan yang disediakan, termasuk  mencetak penyata KWSP terkini, pendaftaran penamaan, pendaftaran i-Akaun (Online Service), mengemaskini alamat, pertanyaan skim-skim KWSP ,Pengeluaran Umur 50 dan 55 tahun serta pengeluaran membina dan membeli rumah.

Paling mendapat sambutan daripada pelanggan di Baling, urusan berkaitan penamaan dan mencetak penyata KWSP.

Noripah berkata, Program Kaunter Bergerak (Mobile Team )KWSP Daerah Baling diadakan pada hari Rabu minggu pertama setiap bulan dan telah 10 kali diadakan tahun ini.

Kaunter Mobile Team KWSP dibuka di Pusat Maklumat Rakyat Pejabat Penerangan Daerah Baling.

Sebelum dilancarkan inisiatif ini, pelanggan KWSP terpaksa berkunjung ke Sungai Petani untuk berurusan dengan KWSP.

 

 

Tinggalkan komen anda