Skip to main content
HomeViral

Muhyiddin Digugurkan Sebelum Persidangan Agung UMNO?

By 30 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad (Putrajaya)

PETALING JAYA, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa lebih 75 peratus ketua UMNO bahagian telah bersetuju untuk meletakkan sokongan mengugurkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Parti sebelum Persidangan Agung UMNO, Disember ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai Zam berkata Muhyiddin tidak boleh dipecat sebagai Timbalan Presiden kerana beliau telah dipilih semasa Perhimpunan Agung yang lepas namun boleh digugurkan dengan memecat keahlian UMNO.

Beliau berpendapat langkah itu perlu susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhyiddin dalam sebuah forum di Johor baru-baru ini yang menyebut pemimpin UMNO yang menyokong Presiden sebagai pengecut.

“Langkah mencantas Muhyiddin mesti dilakukan sebelum Perhimpuan Agung UMNO tidak lama lagi kerana kehadiran Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden mungkin akan menimbulkan kekecohan yang boleh menjatuhkan maruah Najib sebagai Presiden UMNO jika berlaku tindakan provokasi antara kedua pihak,” katanya menerusi entri blognya zamkata.blogspot.my hari ini.

“Mencantas Muhyiddin juga perlu dilakukan lebih awal supaya bakal Timbalan Presiden UMNO dapat dipromosikan sebelum Perhimpunan Agung UMNO menjelang pilihanraya umum akan datang dan supaya Najib dapat berkuasa sehingga pilihanraya umum itu.”

Beliau berpendapat pemecatan tersebut akan memberi ruang kepada Perdana Menteri untuk memperkuatkan dan memperbaiki imej parti.

“Tetapi ini belum pasti akan dapat mempastikan pemulihan sokongan orang Melayu kepada UMNO untuk terus bekuasa kerana semangat bahagian dan ahli-ahi UMNO adalah sangat rendah kerana kerosakan imej kepimpinan negara yang sangat parah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata ahlinya sentiasa menyokong penuh kepimpinan Najib yang dilihat sebagai kunci utama dalam memperjuangkan kepentingan parti tersebut.

“Ketua-ketua bahagian UMNO melihat bahawa langkah menyelamatkan kepentingan peribadi Najib adalah perlu untuk kekuatan parti dari menyelamatkan parti untuk kepentingan seluruh rakyat.

“Keputusan ini kerana Najib adalah King of Money yang mempunyai pengalaman lama dalam UMNO bahawa Money Is King,” jelasnya lagi

Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata siasatan telah dimulakan terhadap tujuh pemimpin Umno berhubung kenyataan terbuka mereka mengenai kepimpinan tertinggi parti.

 

Tinggalkan komen anda