Skip to main content
HomeViral

Ku Li Sedia Terima Tindakan Disiplin Parti

By 29 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Faris Fuad (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau edia menerima sebarang tindakan disiplin jika didapati melanggar peraturan parti tersebut.

Beliau yang juga dikenali sebagai Ku Li menegaskan bahawa beliau sedia menghadapi sebarang keputusan susulan beberapa kritikan pedas yang dikeluarkannya terhadap UMNO.

“Saya sedia berdepan apa sahaja, saya berada dalam parti lebih lama daripada mereka yang mahu mengambil tindakan dan mereka yang berada di Parlimen,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Ku Li berpendapat beliau tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan kerana semua ahli tertakluk kepada undang-undang parti itu.

Dalam pada itu, beliau berpendapat keputusan untuk menentukan pucuk pimpinan parti tertakluk kepada sokongan majoriti parti tersebut ekoran dakwaan terdapat komplot dalam parti berhasrat untuk menyingkirkan menyingkirkan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kami perlukan semua ahli dalam usaha untuk memperkukuhkan parti, kami perlu bertoleransi dengan mereka yang mempunyai pandangan berbeza dan itu cara Umno mendapat kekuatannya,” katanya.

“Setiap organisasi mahu melihat ahli mengikut pemimpinnya dan peraturan-peraturan, itulah kebiasaannya.”

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan enam atau tujuh pemimpin UMNO sedang dipantau kerana cuba memburukkan parti dan kerajaan

Namun, beliau enggan menamakan pemimpin-pemimpin berkenaan.

 

Tinggalkan komen anda