Skip to main content
HomeViral

Tiada Komplot Singkir Muhyiddin – Shahidan Kassim

By 29 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim menyelar dakwaan mengenai kewujudan komplot dalam parti bagi menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden.

“Sebagai ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Umno Perlis, saya tidak pernah dengar ada komplot atau gerakan untuk menjatuhkan timbalan presiden,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang semalam memaklumkan wujud gerakan menyingkirkan Muhyiddin supaya memberikan bukti kukuh kepada Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Umno bukan parti samseng, tetapi parti yang sentiasa mengamalkan cara Islam.

β€œPerkara itu tidak akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang yang telah ditunda ke tarikh lain.”

Shahidan juga menafikan mesyuarat itu ditunda ekoran bimbang terhadap kritikan mengenai beberapa isu negara yang mungkin disuarakan Muhyiddin.

“Tidak, kami menyokong penuh kepimpinan parti semasa,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan yang beliau tidak tahu menahu mengenai usaha menyingkirkan Timbalan Presiden Umno itu.

Beliau menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Jamal sebagai pandangan peribadi beliau.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Md Alwi Che Ahmad pula mencadangkan supaya Muhyiddin dikekalkan sekalipun ada desakan untuk beliau berundur.

Ketua Umno Bahagian Klang, Datuk Nasarruddin M Zin bagaimanapun menafikan kewujudan komplot berkenaan dan menegaskan ahli Umno masih menghormati Muhyiddin dan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden parti.

 

Tinggalkan komen anda