Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

3.1 Peratus Remaja Terlibat Seks Bebas – Chew Mei Fun

By 20 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh   Mastim Kiriman (Sabah)

KOTA KINABALU, 20 Nov (Malaysiaktif) – Pelaksanaan Program Pekerti mampu meningkatkan pengetahuan dan sikap lebih positif terhadap kesihatan reproduktif bagi diri, keluarga dan masyarakat.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, hasil awal Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-5 (KPKM-5) mendapati sejumlah 3.1% peratus remaja Malaysia atau 164 orang remaja daripada 5,304 responden terlibat dengan gejala seks bebas.

“Daripada jumlah tersebut, mereka berumur antara 13 hingga 24 tahun mengaku pernah melakukan hubungan seks.

“Manakala 21.5% pernah berciuman, 12.9% pernah melakukan aktiviti meraba dan 2.9% pernah melakukan seks melalui telefon.” jelasnya.

Menurut Chew lagi, antara langkah lain yang diambil bagi mengatasi kehamilan remaja ialah melalui penyebaran maklumat dan pengetahuan penubuhan Pusat Remaja Kafe@TEEN.

Pusat Remaja Kafe@TEEN yang dilancarkan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu baru-baru ini merupakan “Pusat Sehenti” yang bertujuan membantu dan membimbing para remaja sebelum melangkah ke alam dewasa.

“Pusat Remaja Kafe@TEEN berkonsepkan mesra remaja menawarkan perkhidmatan kesihatan reproduktif khidmat kaunseling serta program pendidikan dan pembangunan kemahiran untuk remaja,” ujarnya.

Teks ucapan beliau disampaikan Datuk Jainab Ahmad Ayid ketika merasmikan? Wacana Penyelidikan Kajian faktor risiko dan pelindung terhadap kesihatan seksual dan reproduktif remaja di Sabah dan Sarawak.

 

Tinggalkan komen anda