Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Baling Sekali Lagi Dilanda Banjir Dalam Tempoh Seminggu

By 11 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Afzariza Ismail (Baling)

BALING, 11 Nov (Malaysiaaktif) — Hujan lebat selama lebih dua jam tanpa henti sejak pukul 6.00 petang semalam telah menyebabkan paras air Sungai Ketil naik mendadak dan melimpah ke beberapa kawasan hingga banjir.

Ini kali dua banjir berlaku dalam tempoh seminggu setelah kejadian pada Jumaat lalu.

20151111003416 (3)

Operasi bersama oleh Bomba, JPAM, Polis, RELA serta dibantu oleh Sukarelawan Parlimen Baling.

Menurut Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Baling, Shamsul Izrin sebanyak 96 keluarga melibatkan 350 orang mangsa  dipindahkan ke 11 Pusat Pemindahan Banjir.

Pusat-pusat yang dibuka ialah Dewan Surau Kampung Weng, Surau Kampung Baru Siong, Dewan RISDA Kampung Tanjung Pari, Surau Kampung Sri Ketengga, Dewa Kampung Banggol Derom, Dewan UMNO Kampung Batu 60, Rumah Mesra Rakyat Kampung Siput, Surau Kampung Lahar, Dewan SMK Siong, Dewan UMNO Bongor Bt 48 dan Dewan Kampung Tok Bandar Sungai Limau.

Operasi bersama pemindahan mangsa bermula pada pukul 12.00 malam oleh pihak Bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Polis, RELA Daerah Baling serta dibantu oleh Sukarelawan Parlimen Baling.

20151111003416 (4)

Tinjauan oleh wartawan Malaysiaaktif mendapati bekalan makanan serta selimut telah pun dihantar ke Pusat-Pusat Pemindahan terbabit oleh pihak JKM Daerah Baling.

Pemantauan berterusan juga dibuat oleh JKM dengan dibantu oleh para sukarelawan bagi memastikan keperluan mangsa di pusat pemindahan mencukupi di samping memantau keadaan banjir dari masa ke semasa.

Buat masa ini hujan masih berterusan di kawasan-kawasan berkenaan.

 

Tinggalkan komen anda