Skip to main content
HomeViral

MCTC Gesa KKM Terus Ambil Tindakan Peniaga Vape

By 11 November 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Malaysiaaktif) –Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) hari ini menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya terus mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga rokok elektronik, vape.

Presidennya, Dr Molly Cheah berpendapat KKM tidak seharusnya terkesan dengan dakwaan segelintir pihak yang mempersoalkan tanggungjawab kementerian itu.

“Sebelum ini mereka mengatakan menghisap vape ini membantu individu mengurangkan sifat merokok, namun tiada kesan itu yang dapat dilihat, sebaliknya semua orang berleluasa menghisap vape termasuk di pusat membeli belah.

“Manusia memerlukan udara yang baik dan dengan menghisap vape ianya memberi kesan kepada orang sekeliling juga,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi,  Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga menggesa kabinet meneliti semula penggunaan vape  demi masa depan anak muda negara.

“Kita lihat sekarang ini semua orang boleh membeli cecair vape, termasuk kanak-kanak dan pelajar sekolah. Ini adalah satu kesalahan.

“Kami mahu iaa diharamkan dan kabinet diharapkan dapat meneliti semula keputusan itu,” katanya.

Dalam pada itu, ahli MCTC, Shaari Ahmad Junid memaklumkan pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya peniaga terbabit tidak diambil tindakan.

“Kami tidak mahu anak dan cucu terus menghisap vape.

“Kami menyokong tindakan ini dan sekiranya tiada tindakan dilakukan terhadap mereka, kami akan buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan sewajarnya,” katanya ketika ditemui bersama Presidennya hari ini.

Sebelum ini, KKM memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan terhadapa penjual dan pengguna rokok elektronik yang mengandungi nikotin, seperti mana tertakluk di bawah Akta Racun 1952.

Kementerian tersebut menjelaskan cecair e-rokok bernikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

 

Tinggalkan komen anda