
Oleh Norsaedah Haron (Kluang)
KLUANG, 16 Nov (Malaysiaaktif) — Balai Pasukan Bomba Sukarela Kahang dirasmikan semalam oleh Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Pasukan Bomba Sukarela Kahang ini bertujuan mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran sebelum ketibaan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Dalam ucapannyanya, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan menekankan betapa pentingnya pembinaan bangunan bagi memudahkan usaha-usaha murni oleh sukarelawan bomba setempat.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri Johor R. Vidyananthan, , merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kahang, dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Paloh, Teoh Yap Kun.