Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

Tiga Lelaki Ditahan Bantu Kes Pukul Peniaga Di George Town

By 16 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

GEORGE TOWN, 16 Nov Β — Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes seorang peniaga cedera parah dipukul sekumpulan lelaki di kawasan astaka Desa Mawar, Kampung Melayu, Air Itam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata tiga lelaki berusia 18 hingga 33 tahun itu ditahan secara berasingan di beberapa lokasi di negeri ini dalam operasi dari petang semalam hingga Ahad malam.

“Ketiga-tiga lelaki terbabit direman selama empat hari sehingga Khamis ini,” katanya di sini Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi semalam, seorang peniaga berusia 40 tahun cedera parah dipukul kira-kira 10 lelaki menggunakan parang, kayu, topi keledar dan batu selepas berlaku pertengkaran antara mereka apabila kereta peniaga itu dikatakan menghalang sebuah kereta lain untuk masuk ke kawasan astaka berkenaan.

Mior Faridalatrash berkata polis kini giat mengesan beberapa lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

 

 

— BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda