Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Ilmu Penting Untuk Masa Hadapan Lebih Terjamin

By 1 November 2015November 2nd, 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Wan Muhamad Zikri Bin Wan Kamis (Perlis)

PADANG BESAR, 1 Nov (Malaysiaaktif) — “Jika kita mempunyai ilmu, masa hadapan kita akan lebih terjamin,” demikian kata-kata Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi, Khaw Hock Kong ketika berucap sempena Program Semarak Komuniti 1Malaysia (K1M) RPA Batu 16 hari ini.

Khaw Hock Kong dikenali penduduk setempat sebagai seorang wakil rakyat yang sering kali memberi kata-kata motivasi kepada pelbagai golongan masyarakat, termasuk kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Beliau berpesan jangan hanya memberikan harta kepada anak-anak, kerana ilmu juga sangat penting untuk memastikan kehidupan yang lebih sempurna di masa hadapan.

Malah katanya, kini pelbagai institusi pengajian di Perlis menawarkan kursus-kursus pendek sekiranya ada yang berminat untuk menimba ilmu, seperti kursus menjahit, kursus membuat kek dan sebagainya seperti ditawarkan oleh Kolej Komuniti Arau.

Beliau menyarankan kepada golongan muda untuk merebut peluang menyambung pelajaran kerana dengan adanya ilmu, di mana sahaja golongan muda mampu membina kehidupan yang lebih sempurna.

 

Tinggalkan komen anda