Skip to main content
HomeViral

440,682 Calon SPM, 45,619 Calon STPM Mula Peperiksaan Hari Ini

By 2 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Malaysiaaktif) — Langit cerah tanpa gangguan jerebu melancarkan perjalanan hari pertama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, P. Kamalanathan, seramai 440,682 calon SPM dan 45,619 calon STPM mula menduduki peperiksaan masing-masing serentak hari ini.

 

IMG_3319

 

Beliau yang ditemui ketika membuat pemantauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki berpuas hati dengan kawalan keselamatan kertas soalan dan bilik kebal.

Tambahnya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), turut bersiap sedia untuk menghadapi isu jerebu dan banjir. KPM bekerjasama erat dengan Jabatan Meteorologi Malaysia untuk memantau jerebu dari semasa ke semasa. Topeng muka akan dibekalkan kepada pelajar dan petugas peperiksaan jika perlu.

Selain itu, beliau turut menambah Ops Payung dijalankan bagi menghadapi masalah banjir di beberapa buah sekolah dan KPM telah mengambil pelan-pelan tertentu untuk mengawal apa-apa jua keadaan.

Pada hari ini, pelajar SPM bakal menduduki Kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 serta Pendidikan Seni Visual Kertas 1.

 

Tinggalkan komen anda