
Oleh Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 5 Nov (Malaysiaaktif) — Kemas Terengganu baru-baru ini mengadakan satu majlis Konvokesyen Kanak-Kanak TABIKA Kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar.
Majlis yang berlangsung Isnin lepas di Dewan Pustaka Awam Negeri Terengganu di sini dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Bandar Haji Mazri Jusoh bersama Pengarah Kemas Negeri Terengganu, Dr Faridah Mat. Turut hadir para ibu bapa kanak-kanak terbabit.
Program konvokesyen ini diadakan secara berperingkat di Kawasan Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Tujuan majlis diadakan adalah bagi menyuntik semangat kanak-kanak untuk terus belajar bersungguh-sunguh.