Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohorViral

Jangan Sebar Khabar Angin Tentang Tunku Laksamana Johor

By 16 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

JOHOR BARU, 16 Nov (Malaysiaaktif) —Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim hanya mendapatkan rawatan susulan di hospital dan bukan berada dalam keadaan kritikal seperti yang disebarkan dalam media sosial.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata anak baginda dalam keadaan stabil dan menafikan khabar angin tentang keadaannya.

Baginda menyatakan rasa tersinggung berikutan khabar angin yang disebarkan oleh individu-individu tertentu berhubung perkara itu dan menggesa rakyat Johor supaya terus mendoakan untuk kesihatan Tunku Abdul Jalil.

Sultan Ibrahim memberitahu demikian kepada akhbar Harian Metro hari di Bangunan Sultan Ibrahim hari ini.

“Tunku Abdul Jalil mengadu sakit belakang dan berada di hospital kerana di istana tiada peralatan perubatan yang boleh kami gunakan.

“Keadaannya stabil dan bertentang dengan apa yang disebarkan dalam media sosial.”

Tunku Abdul Jalil dikesan mengalami kanser tahun lepas. Terdahulu Sultan Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor yang menyenaraikan sebanyak 30 kes untuk dipertimbangkan pengampunan sempena Hari Keputeraan baginda pada 22 Nov lepas. Jumlah kes yang diluluskan telah ditentukan.

 

Tinggalkan komen anda