
Oleh Aneta Ahmad (Kemaman)
KEMAMAN, 30 Nov ( Malaysiaaktif) – Kalau datang ke daerah Kemaman tidak lengkap kalau tidak menjamu selera di Kedai Makan Selera Kampung atau dikenali sebagai Kedai Tepi Sungai.
Kedai popular ini tidak asing lagi di sini, kerana begitu berjasa kepada penduduk tempatan dan juga para pelawat ke Terengganu yang singgah untuk mencuba pelbagai hidangan yang terdapat di daerah Kemaman dan Terengganu.
Terletak di Kampung Geliga, Chukai, kedai ini beroperasi sejak 1990. Pemilik kedai, Ali Che Ngah berkata kedainya dibuka dari pukul 11.00 pagi sehingga pukul 4.30 petang dan apa bila tiba musim cuti sekolah seperti sekarang ini semakin ramai pelanggan singgah untuk menikmati hidangan makanan kampung yang disediakan, terutama pada tengah hari.
Antara menu popular yang termasuk ikan pari air asam, ikan singgang serta ulam-ulaman.
Kedai Geliga tidak hanya menarik minat pelanggan kebiasaan kerana sering kali kelihatan kelibat pemimpin masyarakat dan tokoh-tokoh terkenal yang memilih kedai tepi sungai ini sebagai destinasi menjamu selera.