Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohorViral

Mayat OKU Remaja Hilang Di Pantai Lido Di Temui

By 1 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Suhairi Ishak (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU,1 Dis (Malaysiaaktif) — Mayat remaja OKU yang terjatuh ke dalam air di Pantai Lido semalam ditemui pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Yuszairee Ramlee, 17 dari Jalan Pekaka 3, Taman PerlingĀ  ditemui di pantai kira-kira 400 meter dari Bangunan Hospital Sultanah Aminah.

Menurut abang mangsa, Yusree Ramlee, Yuszairee dikatakan tergelincir sewaktu melewati jalan di tepi Pantai Lido dan terjatuh ke dalam air. Dia cuba menyelamat adiknya itu dengan Ā menarik rambut, tetapi gagal. Sewaktu kejadian air sedang pasang, manakala adiknya pula tidak tahu berenang dan terus tenggelam.

Operasi mencari oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru bermula pada pukul 8.00 dengan dibantu oleh penyelam Unit Scuba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Johor.

Polis membawa mayat ke HospitalĀ  Sultanah Aminah Johor Bahru untuk dibedah siasat.

 

Tinggalkan komen anda