Skip to main content
Berita TempatanSabah

Wanita Aset Penting Keluarga, Negara – Hajah Norlidah

By 9 November 2015November 10th, 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Β  Zuraidah Ahmad & Vicky Sylvester Matanjang (Sabah)

KOTA KINABALU, 09 November 2015, (Malaysiaktif) – Persepsi terhadap wanita bukan lagi watak yang tidak berpendidikan dan tidak produktif, tetapi merupakan aset penting dalam pembangunan keluarga dan negara.

Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Hajah Norlidah Β Tan Sri R.M Jasni berkata pentakrifan peranan wanita kini perlu dinilai semula bagi memastikan sumbangan wanita terhadap komuniti setempat juga diambil berat.

“Seorang ibu menggunakan kehalusan tangannya dengan kesabaran dan ketabahan untuk menjadi wanita cemerlang dalam keluarga, kerjaya dan masyarakat.

“Melalui kemahiran jahitan, terdapat wanita yang mampu menjana pendapatan RM4,000 sebulan dan dengan pendapatan itu mereka mampu memberikan pendidikan dan kehidupan lebih baik kepada anak-anak dan keluarga,” ujarnya.

Hajah Norlidah berucap demikian ketika merasmikan Pameran Beg Terbesar di Dunia dan Penyampaian Anugerah Wanita Cemerlang 3K (Keluarga, Kerjaya dan Kemasyarakatan) Negeri Sabah di salah sebuah kompleks beli belah, pada tengahari kemarin.

?Dalam majlis itu, Hajah Norlidah turut menyampaikan Anugerah Wanita Cemerlang 3K kepada Januin Jaminik, Mary Sylvester Kondokor dan Niliah Ahtin.

?Menurutnya, beg terbesar yang diiktiraf ‘Guinness World Record’ itu berukuran 25 kaki panjang, tinggi 17 kaki 10 inci dan lebar 9 kaki 11 inci sekali gus dapat memasukkan dua buah kereta jenis Myvi.

Katanya, dengan menggunakan 2,984 helai kemeja terpakai, seramai 1,492 peserta berjaya menyiapkan beg berkenaan dalam masa enam bulan?.

Senentara itu, Pengarah Urusan Pusat Latihan Kraftangan Epal,Fully Chye berkata idea tersebut dicetuskan pusat berkenaan bertemakan ‘Kekuatan Perpaduan Dari Hujung Jari Melangkah Ke Rekod Dunia’ sebagai membuktikan perpaduan rakyat negara ini.

Jelasnya, idea itu juga mendapat sokongan ahli-ahli Persatuan Seni Jahitan Kreatif, 31 agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, NGO seperti Persatuan Wanita Tamil, Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Kuala Lumpur, Komuniti 1Malaysia serta peserta-peserta projek dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak termasuk sumbangan jahitan oleh Hajjah Norlida sendiri.

Pameran ini dibuka kepada orang ramai untuk menikmati sendiri suasana ‘beg dalam beg’ di samping menyaksikan keindahan produk seni jahitan kreatif, seperti origami, ‘photo quilt’, ‘patchwork’ dan pameran barangan kitar semula, ‘Go Green’.

 

Tinggalkan komen anda