Skip to main content
Home

Konvokesyen Ke-83 UITM Di Manggatal Memudahkan Ibu Bapa

By 30 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Yahya Abdul Rajak (Sabah)

 KOTA KINABALU, 30 Nov (Malaysiaktif) – Seramai 485 graduan dianugerahkan diploma dan ijazah masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UITM) Ke- 83 di Kampus Sepanggar pada Khamis lepas.

UITM Sepanggar merupakan kampus cawangan yang pertama dan tertua antara kampus-kampus UiTM di seluruh Malaysia sebelum ia dinaiktarafkan ke Universiti Teknologi Mara. Namun sejak penubuhannya 42 tahun lalu, baharu kali ini kampus tersebut menganjurkan majlis konvokesyen.

graduan 2

Idea yang telah disuarakan sejak 1998 itu akhirnya terlaksana dan  seterusnya memberi kebanggaan kepada ibu bapa, terutama penduduk Sabah yang sebelum ini mendapati sukar untuk menghadiri majlis berkenaan di Kampus Induk Shah Alam.

Penyampaian Diploma dan Ijazah disempurnakan oleh Pro Canselor UITM, Tan Sri Arshad Ayub.

Anugerah Graduan Terbaik Diploma disandang oleh Ivy Melodie Michel yang cemerlang dalam kursus Diploma Pengurusan Perniagaan, manakala Noor Hazirah Kamaruddin penerima Anugerah Graduan Terbaik Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan.

Turut menerima Anugerah Khas Rektor ialah Nazri Marin yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Nordiyana Dulla, graduan Diploma Pentadbiran Awam.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UITM Tan Sri DatukAcademician Ir.Dr.Ahmad Zaidee Laidin, dan Ahli Lembaga Pengarah UITM Datuk Mohamed Azahari Kamil.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda