Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Majlis Berkhatan Beramai-Ramai di Mersing

By 30 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zahairi Ahmad Zabidi  & Mohd Hanif Ahmad (Mersing)

MERSING, 30 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 120 orang kanak-kanak menyertai majlis berkhatan beramai-ramai di Dewan Jubli Intan di sini semalam.

Majlis yang dihadiri lebih 300 orang itu dijalankan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Mersing dan membabitkan anak-anak penduduk Mersing yang kurang berkemampuan serta anak yatim.

Turut diadakan, penyampaian anugerah kepada seramai 74 pelajar sekolah rendah di seluruh daerah Mersing yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2015 baru-baru ini.

Program berkhatan beramai-ramai merupakan acara tradisi tahunan yang ditawarkan secara percuma dan ditanggung oleh UMNO Mersing.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya.

 

Tinggalkan komen anda