Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

22 Kanak-Kanak Dalam Majlis Berkhatan Perdana Parit Jawa

By 30 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Noorshazana Shaadan (Muar)

MUAR, 28 Nov (Malaysiaaktif) — Seramai 22 kanak-kanak diraikan dalam Majlis Berkhatan Perdana anjuran Klinik Kesihatan Parit Jawa Sabtu lepas.

Majlis yang berlangsung di Klinik Kesihatan Parit Jawa itu bermula dengan perarakan peserta dengan diiringi pembawa bunga manggar serta paluan kompang.

Anggota bomba kemudian menyembur air menggunakan hos ke arah-arah kanak sebagai sebahagian daripada proses sebelum berkhatan.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Majlis Perbandaran Muar Mukim Parit Jawa, Siraj Mullah Taherali. Menurut beliau majlis berkhatan itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial Panel Kesihatan Parit Jawa dan merupakan aktiviti tradisi tahunan yang dimanifestasikan melalui kaedah moden di klinik.

Setiap peserta dikenakan bayaran RM60 untuk berkhatan.

 

Tinggalkan komen anda