Skip to main content
Berita TempatanSabah

Penjawat Awam Perlu Bijak Pilih Maklumat – Sukarti

By 3 November 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Eviannie Kin Mei Hoon/ Zuraidah Ahmad & Ahmad Marif Hj Ag.Damit (Sabah)

KOTA KINABALU, 03 November 2015 (Malaysiaktif) – Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman menggesa semua penjawat awam agar bijak menggunakan platfom untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Antaranya, Program Dialog Isu Semasa Negara yang dianjur Kerajaan khusus untuk menyalur dan membekalkan para penjawat awam dengan maklumat sahih secara terus daripada panel yang pakar dalam bidang berkaitan.

Menurutnya, berbanding, maklumat yang terhidang dalam media sosial, platfom berkenaan jauh lebih baik dan berkredibiliti.

“Ia jauh lebih baik daripada mendapatkan maklumat yang disebar luas dan dikongsi di alam maya seperti blog, Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya yang belum tentu kesahihannya.

“Platform ini juga merupakan medium perkongsian maklumat yang membolehkan penjawat awam membantu Kerajaan menjawab persoalan.

“Selain dapat memberi penjelasan kepada rakyat berhubung pelaksanaan dasar-dasar semasa negara, peserta juga dapat memahami serta mengambil maklum situasi yang sedang berlaku di dalam dan luar negara,”ujarnya.

Tambahnya, memahami latar belakang sesuatu isu dan rasional pelaksanaan dasar kerajaan berupaya membantu menyelesaikan sebahagian daripada masalah yang wujud.

“Program tersebut juga jelas menunjukkan kesepakatan dan komitmen agensi Kerajaan terhadap peranan dan sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang dalam penyampaian hasrat Kerajaan kepada rakyat keseluruhannya.

“Perkongsian ilmu dan kerjasama sebegini menjadi daya penggerak bagi menjamin kualiti perkhidmatan awam terus mencapai tahap yang cemerlang dan disegani,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Program Dialog Isu Semasa Negara 2015 Zon Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, pagi tadi.

Program Siri Ke-18 itu dihadiri lebih 300 peserta kumpulan penjawat awam Negeri dan Persekutuan.

 

Tinggalkan komen anda