Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeSabahViral

Penduduk Kampung Linsosod Rindu Wakil Rakyat Sendiri

By 14 November 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Ahmad Faizal Jamil (Sabah)

KENINGAU, 14 Nov (Malaysiaktif) — Penduduk Kampung Linsosod Keningau, masih menaruh harapan menanti kehadiran wakil rakyat kawasan mereka untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mereka merasa terkilan kerana sebaliknya, yang hadir pada Ahad lepas untuk merasmikan Projek Bekalan Air Graviti Impian Sabah yang siap sejak lebih dua minggu lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara DAP Tony Pua Kim Wee.

2015-11-14 18_29_18-Start

Sesetengah penduduk di sini berpendapat walaupun projek berharga RM30,000 itu ditaja sepenuhnya oleh Pengarah Urusan Mcmillan Woods Malaysia,  Datuk Raymond Liu dan Pengerusi DAP Keningau, Peter Saili, sepatutnya wakil rakyat kawasan sendiri yang membantu menangani masalah mereka.

Kampung Linsosod sebenarnya memiliki sumber bekalan air bersih sejak tahun 80an lagi, tetapi peningkatan bilangan penduduk menyebabkan ia semakin tidak mencukupi hingga memerlukan setiap isi rumah memasang empat buah tangki air bagi menampung keperluan seharian.

Penduduk juga mempersoalkan kewujudan sebuah loji air di Kampung Keningau yang terletak hanya 2km dari Kampung Linsosod, tetapi kemudahan tersebut tidak dapat menyalurkan bekalan air ke kampung berkenaan. Masalah itu telah lama dimemaklumkan kepada wakil rakyat, tetapi mereka mendakwa tidak mendapat perhatian sewajarnya.

2015-11-14 18_14_46-Start

Susulan tindakan McMillan Woods dan Pengerusi DAP Keningau mengambil inisiatif bagi mengatasi masalah penduduk Kampung Linsosod ini, wakil masyarakat kampung, Francis Engga berkata mereka amat mengharapkan tidak kira daripada pihak parti pembangkang mahu pun kerajaan kerana yang utama supaya penduduk mendapat bekalan air bersih.

Penduduk kampung ini juga amat mengharapkan supaya wakil rakyat dapat turun padang lebih kerap membantu masyarakat kampung agar kemajuan dan pembangunan seiring dengan keperluan masyarakat hari ini.

Sementara itu, Tony Pua turut berjanji akan terus menyalurkan bantuan kepada masyarakat bagi sama-sama menjayakan Projek Impian Sabah dan Sarawak jika masyarakat yakin dan memberi sokongan.

Turut hadir pada majlis ini, termasuk Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong, merangkap Ahli Parlimen Sandakan.

 

Tinggalkan komen anda