Skip to main content
HomeViral

Perginya Komposer Lagu Warisan, Syed Haron Ahmad

By 24 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)

SHAH ALAM, 24 Nov (Malaysiaaktif) –  Komposer lagu Warisan, Syed Haron Ahmad 65, meninggal dunia awal pagi semalam di rumahnya di Desa Subang Permai akibat serangan jantung.

Jenazah allahyarham disembahyangkan di Masjid at-Taqwa Desa Subang Permai pada 9 pagi semalam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22.

Lagu Warisan yang diangkat sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-57 tahun lalu, merupakan lagu yang dimuatkan dalam album Sudirman pada 1982 berjudul Abadi. Selain itu, beliau turut mencipta beberapa buah lagu popular seperti Hujan dan Balik Kampung.

Bukan itu sahaja, lagu Kain Pelikat yang mengangkat nama Anuar Zain suatu ketika dahulu juga merupakan karya hebat beliau.

Menerusi akaun Facebooknya, Datuk Seri Shabery Cheek yang merupakan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia yang kini merupakan Menteri Pertanian dan Asas Tani berkata, “Allahyarham Syed Haron, ialah patriot seni yang sangat hebat. ‘Di sini Lahirnya Sebuah Cinta’ ialah cinta abadi beliau kepada negara untuk kita hayati selama-lamanya”.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Syed Haron memegang jawatan sebagai Pendaftar di Universiti Abdul Razak Kuala Lumpur.

Syed Haron memulakan karier seninya dengan menubuhkan kugiran Rhytm 67 pada tahun 1967 sebelum menyertai kumpulan Wheels sebagai pemain dram pada tahun 1970 dengan lagu hits, Dalam Kenangan.

Beliau meninggalkan seorang balu, dua anak dan tiga cucu.

 

Tinggalkan komen anda