
Oleh Mazlin Basir (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 23 Nov (Malaysiaaktif) – “Penyerahan Bantuan Makanan KEMAS Kawasan Parit Sulong” berlangsung di Surau Pekan Semerah Sabtu lepas.
Penyerahan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Semerah, Ismail Roslan.
Bantuan tersebut merupakan sebahagian daripada Program Titik Sentuhan Rakyat (PTSR) hasil kerjasama KEMAS Parlimen Parit Sulong bersama UMNO Bahagian Parit Sulong dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Semerah.
Lebih 20 orang ibu tunggal dan keluarga miskin menerima bantuan makanan, termasuk beras dan lain-lain. Penerima turut diraikan dengan majlis jamuan makan.