Skip to main content
HomeViral

Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada UITM/UIAM

By 24 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Malaysiaaktif) — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) kerana menjuarai Pertandingan Debat Antara Universiti Cambridge bagi kategori utama dan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua.

“Tahniah kepada UiTM kerana memenangi Pertandingan Debat Antara Universiti dan UIAM kerana menjuarai kategori Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (ESL). Anda membanggakan kami,” katanya menerusi Facebook rasminya hari ini.

Sebelum ini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan debat tahunan antara universiti Cambridge (Cambridge IV).

UiTM melakar sejarah dengan memenangi hadiah utama bagi pertandingan keseluruhan, sementara UIAM menjuarai kategori Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (ESL) dalam pertandingan tersebut.

UiTM diwakili Mohd Mifzal Mohd Murshid Kieron dan Jasmine Ho, kedua-duanya berusia 22 tahun.

Manakala, UIAM pula diwakili oleh Ameera Natasha Moore, 22, dan Sara Rahim, 20, yang menewaskan Universiti Tel Aviv dari Israel serta Leiden A dan Leiden B, universiti dari Belanda.

Sebanyak 128 pasukan yang menyertai debat itu termasuk beberapa tersohor di dunia.

Antaranya Universiti Harvard, Universiti Oxford, London School of Economics, Universiti Toronto, Universiti Tel Aviv, Universiti Cornell dan Trinity College Dublin.

 

Tinggalkan komen anda