Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Program Muafakat Jiranku Keluargaku Daerah Ledang

By 16 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Zuriatina Tamat (Ledang)

LEDANG 16 Nov (Malaysiaaktif) – Kawasan Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) di bawah pentadbiran Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional menjadi tunggak dalam mengekalkan perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Sehubungan itu, pada Sabtu lepas KRT kawasan ini mengadakan Program Muafakat Jiranku Keluargaku Peringkat Daerah Ledang di Dewan Serbaguna Chee Chuin, Sagil.

Ahli Parlimen Ledang, Datuk Hamim Samuri dalam ucapan perasmiannya berkata program yang ini baik dan perlu diteruskan bagi membantu memupuk semangat kejiranan dan perpaduan dalam masyarakat.

IMG_20151114_095956

Majlis dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ledang, Datuk Hamim Samuri.

Dalam konteks yang sama, beliau merujuk kepada senario semasa di mana keamanan negara cuba digugat melalui keganasan atau agenda lain. Oleh yang demikian beliau mengingatkan penduduk supaya lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan berita yang belum tentu kesahihannya.

Sementara itu, Pegawai Perpaduan Daerah Muar dan Ledang, Teh Faridah Abdul Jalil berkata ini antara fungsi KRT untuk mengaktifkan program-program berkonsepkan perpaduan dan kejiranan di kawasan mereka. Beliau menjelaskan bahawa program sedemikian melibatkan semua kaum dan usia.

Antara acara yang berlangsung termasuk Zumba, Mewarna Bersama Keluarga, Pemeriksaan Kesihatan di bawah program”Komuniti Sihat Perkasa Negara” (KOSPEN), acara memasak, gubahan, sukaneka dan lukisan mural.

Majlis dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Daerah Muar.

 

Tinggalkan komen anda