Skip to main content
Home

Belum Diputuskan Media Boleh Buat Liputan PAU 2015

By 25 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Keputusan muktamad belum dibuat sama ada Perhimpunan Agung Umno 2015 akan berlangsung secara tertutup tanpa liputan media, kata setiausaha agung parti itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata sekiranya media mengawal tata laku mereka dan tidakmemutarbelitkan cerita, Umno mungkin membenarkan mereka membuat liputan.

“Sebab, masalahnya ialah kerana anda semua. Apabila kami adakan perhimpunan secara terbuka, anda suka pilih cerita dan putar belit cerita tentang kami. Kalau anda boleh jaga perangai, saya juga boleh buat begitu. Saya boleh membukanya kepada anda semua.

“Tunggulah sekejap. Kami akan beritahu keputusannya kepada anda. Jangan bimbang, belum lagi, keputusan belum dibuat lagi. Saya akan maklumkan kepada anda tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Dalam sidang akhbar terdahulu, Tengku Adnan berkata Umno membuat keputusan bahawa perhimpunan agungnya pada bulan depan akan diadakan secara tertutup tanpa liputan media termasuk media arus perdana, bagi mengelak berlakunya manipulasi berita.

Menurutnya ada kecenderungan dalam kalangan media khususnya media dalam talian dan portal berita untuk menyiarkan berita tidak betul dan memutar belitkan fakta.

Kemudian, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang jugaTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri berkata keputusan itu belum dibincangkan Majlis Tertinggi parti.

– MS

Tinggalkan komen anda