Skip to main content
Berita TempatanHomeWilayah Persekutuan

Deakin University Anggap Malaysia Contoh Baik Pelajar

By 9 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 9 Nov (Malaysiaaktif) — Biarpun Malaysia negara kecil, namun keupayaannya menangani krisis media menjadikan negara ini suatu rujukan pembelajaran.

Sehubungan itu, Dekan Universiti Deakin, Australia, Profesor Mark Sheehan meluahkan keterujaannya melawat Malaysia buat kali ketiga bagi memberi pengalaman kepada rombongan seramai 18 orang pelajarnya.

Beliau melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang akrab bukan sahaja kerana sejarah kolonial yang dikongsi, tetapi juga kerana sering kali bekerjasama dengan Australia dalam pelbagai segi.

Beliau turut merujuk kepada keupayaan Malaysia menangani dengan baik pusat media ketika insiden kehilangan pesawat komersil negara sebagai contoh yang baik.

Pelajar dari Fakulti Perhubungan Awam, Seamus, 21 menyatakan kegembiraan kerana terpilih daripada ratusan yang memohon untuk lawatan ini.

“Lawatan ini banyak memberi pendedahan tentang realiti dunia media massa. Teori dan praktikal adalah sesuatu yang sangat berbeza, dan peluang yang diberikan sangat bermakna sebagai panduan kerjaya nanti,” ujar pelajar tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam ketika ditemubual wartawan Malaysiaaktif di Kompleks Komunikasi dan Multimedia petang tadi.

Lawatan tersebut disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Penerangan Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia , Mohd Sukari Abdul Hamid.

 

Tinggalkan komen anda