Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Seramai 923 Pelajar Tadika Marang Khatam Al-Quran

By 23 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Tengku Saifulah Tengku Mohd & Zamri Abd Razak (Marang)

MARANG, 21 Nov (Malaysiaaktif) — Seramai 923 pelajar tadika di seluruh daerah Marang yang khatam Al-Quran diraikan dalam Program Pintar Al-Quran Peringkat Daerah Marang 2015.

Majlis yang berlangsung di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah Sabtu lepas itu anjuran Pejabat Yayasan Islam Terengganu Daerah Marang bersama Pejabat Daerah Marang.

Program dirasmikan oleh Pegawai Daerah Marang, Haji Zulkifli Abu Bakar yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, A.Latiff Awang.

Menurut Haji Zulkifli program ini dapat melatih para pelajar untuk mendalami Al-Quran sebagai panduan hidup dan mempertingkatkan bacaan Al-Quran dari peringkat kanak-kanak lagi.

 

Tinggalkan komen anda