
Oleh Mohd Hairie Izwan Awang & Abidin A. Ghani (Kuala Terengganu)
HULU TERENGGANU, 23 Nov (Malaysiaaktif) — Masjid Kampung Tapu di sini menerima sumbangan sebuah van jenazah pada Jumaat lepas.
Sumbangan dibuat oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, merangkap Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.
Sumbangan tersebut merupakan yang ketiga oleh beliau dan beliau juga merancang untuk menambah dua buah van lagi kepada masjid-masjid di Hulu Terengganu dalam tahun ini dengan kos sebamyak RM750, 00 ringgit.
Dalam majlis yang sama Johari turut menyampaikan sumbangan kepada sembilan orang pelajar cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan Tapu.
Sekolah tersebut juga menerima sumbangan di atas pencapaian prestasi terbaik Negeri Terengganu dalam peperiksaan yang sama.