Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

300 Kanak-Kanak Terima Sumbangan Kembali Ke Sekolah

By 9 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Pelapor Anita Omar, Hasmah Hanafi &  Muhamad Azrul Abdullah (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 9 Dis (Malaysiaaktif)  — Seramai 300 orang kanak-kanak  dari semua sekolah di daerah ini menerima sumbangan pakaian dan peralatan sekolah bagi menghadapi sesi persekolahan 2016 pada Isnin lepas.

Sumbangan sempena Program Kembali Ke Sekolah itu disampaikan oleh Pengerusi  Jawatankuasa Komunikasi,Teknologi Maklumat dan Teknologi Tinggi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bandar Baharu, Datuk  Nor Sabrina  Mohd Noor.

 

2015-12-09 14_51_18-laporan Back To school ( MA) - Microsoft Word

 

Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat ADUN Bandar Baharu dengan kerjasama Syarikat  Bina Darul Aman Berhad itu diadakan di Dewan Seri Serdang bagi meringankan beban ibu bapa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif  Bina Darul Aman Berhad, Datuk Izham Yusoff, sumbangan  itu lebih kepada membantu golongan yang memerlukan dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat.

Katanya lagi, sumbangan tersebut dapat menceriakan kanak-kanak berkenaan dan membuatkan mereka lebih fokus dalam sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

 

Tinggalkan komen anda