Skip to main content
EkonomiHomeViral

Muhyiddin Tidak Hadir, Shafie Masuk Dewan Bersendirian

By 9 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad (PWTC)

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Malaysiaaktif) — Kerusi yang disediakan untuk Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kosong apabila beliau mengambil keputusan untuk tidak hadir dalam sesi taklimat Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 hari ini.

Namun, Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengotakan janjinya untuk hadir apabila beliau memasuki Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira pada pukul 8.20 malam.

Beliau tiba dengan diiringi penyokong dan disambut oleh beberapa orang anggota perwakilan sebelum memasuki dewan seorang .

 

20151208215316

Shafie Apdal bersama penyokong disambut sejurus tiba di PWTC.

 

Tempat duduknya di atas pentas diapit dua naib presiden lain, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Majlis bermula sejurus selepas ketibaan Presiden, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada pukul 9 malam.

Sejurus taklimat selesai, beliau bangun dan terus bergerak menuju ke keretanya tanpa menyertai dua lagi Naib Presiden Umno yang bersama Najib untuk mengumumkan kerja naik taraf bangunan PWTC.

Julai lalu, Perdana Menteri mengumumkan rombakan Kabinet dengan menggugurkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, termasuk sebagai Menteri  Pendidikan.

Turut digugurkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal.

Menjelang PAU 2015, Muhyiddin dan Shafie mengadakan majlis khas yang turut dihadiri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir di Kelab Sultan Sulaiman.

Muhyiddin dalam ucapannya menyentuh isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dilihat sebagai faktor pemecatan beliau sebelum ini.

 

Tinggalkan komen anda