Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tangkak Dibanjiri Ribuan Umat Islam Sempena Maulidur Rasul

By 24 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Suhairi Ishak (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 24 Dis (Malaysiaaktif) — Bandar Tangkak pagi tadi dibanjiri ribuan umat Islam yang meraikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor buat kali kedua dalam setahun.

Seawal pukul 7.30 pagi orang ramai telah membanjiri padang Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak untuk berarak menuju ke Masjid Bandar Tangkak sejauh 1km sambil berselawat dan membawa sepanduk.

IMG-20151224-WA0013

Turut serta memeriahkan perarakan, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abd. Rahim Ramli, wakil rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dalam ucapannya, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, merangkap Pengerusi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor, Haji Abdul Mutalib Abdul Rahim berkata  tema yang dipilih kali ini, iaitu ‘Perpaduan Nadi Transformasi Ummah’ tepat pada masanya dan umat Islam perlu sedar bahawa keruntuhan tamadun Islam itu adalah berpunca daripada runtuhnya perpaduan dan persepakatan sesama umat.

Sementara itu, dalam majlis yang sama Timbalan Imam Besar Masjid Negeri Johor, Datuk Haji Imam Mahat Mohd Said dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul. Beliau menerima plak dan cek RM5,000 serta sepasang jubah yang di sampaikan oleh Haji Abd Rahim.

C360_2015-12-24-09-47-10-278

Timbalan Imam Besar Masjid Negeri Johor, Datuk Haji Imam Mahat Mohd Said dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul,

 

Tinggalkan komen anda