Skip to main content
Berita TempatanPerak

Bangunan Balai Polis Baharu Hutan Melintang Dirasmikan

By 12 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Khairul Izham Zakaria (Teluk Intan)

TELUK INTAN, 12 Dis (Malaysiaaktif)  – Semalam hari bersejarah bagi Polis Diraja Malaysia di negeri Perak apabila bangunan Bali Polis Hutan Melintang dirasmikan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Haji Osman Salleh.

Bangunan baharu yang berharga RM10.8 juta ini siap dibina pada Julai 2012 dan mula digunakan pada Disember tahun yang sama.

Mengimbau sejarah, Balai Polis Hutan Melintang yang asal terletak berhampiran Sungai Bernam yang menjadi penanda sempadan antara negeri Perak dan Selangor (Sabak Bernam) pada zaman pentadbiran British.

 

20151211235658

Ketua Polis Perak, Datuk Haji Osman Salleh menandatangani plak perasmian bangunan balai baharu.

 

Ketika itu kekuatan anggota hanya lima orang diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Sarjan Mejar. Selaras dengan arus pemodenan, Balai Polis Hutan Melintang dipindahkan ke Simpang Empat Hutan Melintang dan kekuatan pasukan dinaikkan kepada 44 orang anggota yang ditugaskan menjaga keamanan dan pencegahan jenayah di kawasan tersebut.

Dalam ucapannya, Haji Osman berkata Balai Polis Hutan Melintang penting kerana kedudukannya di sempadan negeri Perak dan Selangor. Ini membolehkan polis Perak dan Selangor sering bekerjasama dalam operasi-operasi mencegah jenayah, lebih-lebih lagi memandangkan kawasan Hutan Melintang tidak terkecuali dalam menghadapi masalah gengsterisme, samun, pemerdagangan manusia dan masalah lain.

Namun demikian, beliau berkata dengan kerjasama masyarakat setempat, masalah jenayah dapat dikawal.

 

Tinggalkan komen anda