Skip to main content
HomeViral

Kurang Undi Muda Kerana Tidak Jelas Arah Pemerintahan Negara

By 11 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (PWTC)

KUALA LUMPUR,  11 Dis (Malaysiaaktif) – Krisis kepimpinan terkini ibarat roda-roda kehidupan yang tidak seharusnya  diperbesar dan panjangkan, tegas Wakil Kelab UMNO Luar Negara, Wan Zokhri Wan Idris

Tambahnya, perubahan tampuk  pemerintahan baru-baru ini bukan sesuatu di luar amalan kebiasaan, malah wujud di mana-mana negara sekali pun.

Beliau percaya perubahan strategi kepimpinan ini bukan petunjuk yang dapat merencatkan perjalanan UMNO, tetapi sebagai wadah untuk kembali mengukuhkan parti.

Wan Zokhri yang berucap pada hari ke-4 persidangan UMNO 2015 tegas menyatakan walaupun jauh mereka sentiasa memerhati dengan rapi perjalanan dan permasalahan parti tanpa mempercayai secara membuta tuli.

Pelajar tahun akhir doktor falsafah dalam bidang perhubungan antarabangsa, di Universiti Korea itu mewakili 79 perwakilan kelab UMNO luar negara mengetengahkan dua usul, iaitu agenda penyatuan bangsa Melayu dan transformasi cabaran kepada harapan.

Wan Zokhri yang berasal dari Subang Jaya itu merasakan kekurangan pengundi muda ketika ini kerana  tidak dapat melihat dengan jelas hala tuju pentadbiran dan pemerintahan negara.

Tambahnya, “Semasa bertelingkah, kasihanilah kami, fikirlah hak kami. Apakah bonda dan ayahanda ingin mewariskan parti yang penuh keretakan, yang penuh krisis, di ambang pepecahan atau pun ayahanda ingin mewariskan parti yang mempunyai sejarah yang cukup indah, legasi yang cukup tinggi, agar kami sama-sama memperjuangkan perjuangan parti sehingga selama-lamanya”.

 

Tinggalkan komen anda