Skip to main content
EkonomiHomeSains & TeknologiViral

Bank Simpanan Nasional Tawar Sistem Perbankan Baharu, VTM

By 15 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Malaysiaaktif) –  Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan bank pertama dalam negara menggunakan Mesin Juruwang Maya (VTM) yang menawarkan sistem perbankan melalui video.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat projek baru itu akan memudahkan dan menjimatkan masa urusan perbankan di kalangan rakyat.

Beliau menyifatkan usaha BSN tersebut sebagai transformasi selari dengan kemajuan teknologi masa kini.

“Produk berkenaan adalah satu transformasi dan BSN berjaya mengubah statusnya daripada perbankan konvensional kepada institusi perbankan komersial” katanya sebelum melancarkan perkhidmatan baru itu di Wisma BSN hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adinan Maning memaklumkan BSN telah membelanjakan sebanyak RM 30 juta bagi memperkenalkan sistem itu yang turut disediakan lebih 80 peratus perkhidmatan di kaunter.

“ Ia turut menambah baik perkhidmatan sedia ada menerusi Mesin Pengeluaran Automatik (ATM) dan Mesin Pengeluaran Wang Tunai (CDM).

“ BSN mengambil langkah untuk memberi nafas baru dengan memperkenalkan sistem perbankan yang tidak pernah dirasai rakyat Malaysia lagi,” katanya.

Menerusi VTM, para pengguna dapat menggunakan perkhidmatan baru itu melalui sidang video yang diuruskan kira-kira 450 juruwang BSN di beberapa cawangan terpilih.

VTM tersebut dilengkapi dengan perakam video dan suara bagi menjamin keselamatan pengguna.

Turut hadir Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Bhd (TM), Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa.

 

 

Tinggalkan komen anda