Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Hasil Puisi Lebih Relevan Kepada Gen Y dan GenX

By 7 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Siti Zuraida Mohd Nor Aifi (Manjung)

PANGKOR, 8 Dis (Malaysiaaktif) — Penggabungan aspek futuristik dengan zaman lampau disarankan supaya dijadikan teras penghasilan puisi bagi menarik minat Gen Y dan Gen X.

Beliau berkata tanpa elemen yang relevan mereka akan terus terpisah dan menjauhkan diri dari seni tersebut.

Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam konteks ini penggiat seni perlu berpijak di bumi nyata dan jangan terperangkap dalam kepompong sempit.

 

2015-12-07 20_28_17-Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) Pangkor 2014 _ Perak Today

Persembahan tarian turut diadakan di Pulara 6.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (Pulara) Pangkor Ke-6 di Arena Pulau Pangkor di sini Sabtu lepas.

Ahmad Zahid berkata dengan penganjuran Pulara melalui sentuhan progresif sebegini, puisi bukan hanya akan terus menarik pencinta medium itu malah juga boleh membantu meningkatkan ekonomi setempat.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid membayangkan bahawa kesinambungan inisiatif tersebut perlu dipupuk dan dibantu, walaupun pada perasmian penutup yang beliau hadiri, jumlah tidak disebutkan kerana ia sesuatu yang dianggap ‘subjektif.’

 

2015-12-07 20_27_46-Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) Pangkor 2014 _ Perak Today

Dr Zambry mendeklamasikan sajak.

 

Pulara 6 turut menyaksikan Ahmad Zahid dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendeklamasikan puisi.

Pesta yang bermula pada 3 Disember itu disertai oleh hampir 300 penggiat seni dan sasterawan dari dalam dan luar negara, termasuk Singapura, Indonesia dan Brunei.

Hampir 2,000 penduduk Pulau Pangkor turut hadir menyaksikan pesta tersebut yang dipenuhi pelbagai acara, termasuk persembahan lagu-lagu rakyat.

 

Tinggalkan komen anda