Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Konvensyen Wanita Islam 2015 Di Masjid Al-Azim

By 22 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sharifah Ithnin & Haniza Harun (Melaka)

MELAKA, 22 Dis (Malaysiaaktif) — Konvensyen Wanita Islam (KONWANIS) 2015  diadakan di Auditorium Masjid Al-Azim selama dua hari bermula hari ini hingga esok.

Program yang julung kali diadakan di negeri Melaka ini anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka dan Wanita ISMA.

Acara yang diadakan setiap dua tahun ini dulunya menyasarkan hanya ahli ISMA, tetapi sejak 2009 ia dibuka kepada penyertaan lebih ramai. Ini kerana wanita dilihat turut  mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan negara.

Sebagai sebuah NGO gerakan Islam, KONWANIS menggerakkan wanita dalam masyarakat  bertunjangkan syariat.

Penganjuran KONWANIS 2015 kali ini ialah untuk menjawab soalan-soalan berkenaan fiqh wanita berkerjaya, hak-hak wanita, pengurusan keluarga, fiqh darah serta pengurusan emosi wanita.

Majlis bertemakan “Keseimbangan Emosi Kunci Kecemerlangan” ini dirasmikan oleh EXCO Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka, Datuk Latipah Omar.

Lebih 250 orang peserta mengambil bahagian, termasuk kakitangan jabatan dan agensi kerajaan.

 

Tinggalkan komen anda