Skip to main content
Berita TempatanSabah

Penerbangan MH2603 Dari Kota Kinabalu Ditangguh Beberapa Kali

By 3 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Sharif Ahmad Shah Sh.Mundui (Sabah)

KOTA KINABALU, 3 Dis (Malaysiaktif) –? Penerbangan MH2603 yang sepatutnya berlepas pada pukul 7.20 pagi tadi telah ditangguhkan ke pukul 8.30 pagi. Pada mulanya penangguhan ini dianggap biasa oleh seramai hampir 40 orang penumpang yang akan menaiki penerbangan dari Kota Kinabalu ke KLIA itu.

Panggilan semula pukul 9.00 pagi memberikan kegembiraan kepada penumpang yang tidak sabar untuk tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Namun, penerbangan tersebut ditunda ke masa yang lain dan penumpang diarah keluar bagi menunggu pengumuman baharu masa bertolak.

Pada pukul 11.30 pagi para penumpang sekali lagi diminta menaiki pesawat dan kegembiraan kembali terpancar kerana sejurus kemudian pesawat mula bergerak ke landasan untuk berlepas,  tetapi sekali lagi dibatalkan dan penumpang diarahkan turun.

Suasana ini menyebabkan ketegangan kepada penumpang kerana mereka telah berada di kawasan lapangan terbang sejak awal lagi.

Pihak pengurusan Malaysia Airlines memaklumkan berlaku sedikit masalah teknikal kepada pesawat menyebabkan ianya terpaksa ditangguhkan.

Seorang kakitangan awam, Sharif Ahmad, 45, berkata “Pihak MAS gagal dalam melaksanakan tanggungjawab, terutama menjaga kepentingan dan kebajikan penumpang hingga sanggup menangguhkan tiga kali penerbangan ke KLIA. Ini menyebabkan saya menanggung pelbagai masalah akibat penangguhan ini.”

 

Tinggalkan komen anda