Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

1,000 Penjawat Awam Hadir Program Taklimat Pekeliling Perkhidmatan

By 3 Disember 2015Disember 5th, 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Aneta Ahmad (Kemaman)

KEMAMAN, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Hampir seribu orang penjawat awam dari Zon Timur berkumpul di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus  Wilayah Timur (INTIM) untuk Program Taklimat Pekeliling Perkhidmatan pada Khamis lepas.

Menurut Pengarah Wilayah INTIM, antara matlamat program ialah untuk menyampaikan maklumat secara terus dari Jabatan Perkhidmatan  Awam (JPA) kepada penjawat awam di Wilayah Timur agar menjadi penjawat awam yang  berdedikasi dan komited.

 

20151205031720 (1)

 

Dua taklimat disampaikan sepanjang program tersebut, termasuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 tentang Perlaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2015 Kadar Kelayakan Kemudahan Cuti Rehat Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Penjelasan daripada JPA ini akan dapat memberi kefahaman dan mengelakkan kegusaran dalam kalangan penjawat awam apabila kedua -dua pekeliling tersebut dilaksanakan mulai 1 Januari 2016.

 

Tinggalkan komen anda