Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Wira, Wirawati JaPen Perlu Ubah Bagi Menjayakan Transformasi

By 5 Disember 2015Tiada komen3 minit bacaan

 

Oleh Haji Ramly Yusoff

SERI KEMBANGAN, 5 Nov (Malaysiaaktif) — Pegawai Penerangan yang ditempatkan seluruh negara hari ini dinobatkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad sebagai wira dan wirawati yang paling lengakap di segi keupayaan menjalankan apa sahaja tugas yang diamanahkan.

Beliau yang teruja dengan pencapaian pegawai-pegawai penerangan mengatakan bahawa pegawai penerangan bukan sahaja pandai memasarkan maklumat kepada rakyat tetapi amat prihatin dan mampu menyalurkan semua permasaalahan rakyat seluruh negara kepada pihak berwajib dengan berkesan  seperti masalaah longkang dan lain-lain melalui lapuran isu dan peristiwa harian.

Namun begitu katanya, dunia dan tuntutan masyarakat sentiasa menuntut perubahan . Oleh yang demikian para wira dan wirawati jabatan penerangan diseru supaya sentiasa peka untuk membuat perubahan dalam memberi khidmat terbaik kepada masyarakat untuk terus kekal relevan dan berkesan sesuai dengan perubahan masa.

Untuk itu beliau semasa memberikan Taklimat Kembara Transformasi Perkhidmatan Awam serta berucap merasmikan Hari Penerangan dan Inovasi Jabatan Penerangan Malaysia mewakili Menteri Komunikasi dan Multimedia di Hotel Nouvelle, Seri Kembangan Selangor hari ini mengajak semua pegawai penerangan menghayati dan melaksanakan lima komponan transformasi yang dimaksudkan.

Tambah beliau, untuk melaksanakan transformasi semua pegawai penerangan perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran bagi menyuburkan bakat masing-masing dalam memberi khidmat paling berkesan kepada masyarakat.

Komponan kedua pula menuntut pegawai penerangan membudaya organisasi yang anjal dan bebas iaitu perlu menolak peraturan atau cara-cara perkhidmatan yang lapuk dan tidak berkesan.

Ketiganya para pegawai juga disarankan supaya berkhidmat secara inklusif atau keterangkuman dan terarah kepada permintaan atau kehendak masyarakat. Semua pihak perlu berbincang bersama-sama supaya wujud “sense of belonging” dan rasa sepunya.

Pegawai-pegawai penerangan juga katanya sebagai komponan keempat dalam transformasi perlu menerap dan mengamalkan “shared value” seperti integriti dan etika kerja. Para pegawai perlu mempunyai daya pemantauan dalam diri sendiri ke arah mematuhi semua peraturan petugas awam dan arahan tugas.

Sekain daripada itu sebagai pelengkap transformasi mengikut Ketua Setiuasaha KKMM, nilai-nilai prestasi tinggi perkhidmatan awam yang lengkap dan terangkum secara inklusif menjayakan sistem penyampaian untuk rakyat perlu dilaksanakan oleh semua  pegawai penerangan yang dianggap beliau sebagai wira dan wirawati di seluruh negara.

Sementara itu dalam ucapan aluan sebelumnya Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia bangga dengan komitment bertugas lebih 4000 pegawai penerangan serta pegawai perhubungan awam anggota Jabatan Penerangan di seluruh negara.

Beliau yakin dengan berbekalkan kreadibiliti yang kental semua pegawai telah berjaya menunaikan amanah sebagai agensi peneraju utama dalam memasarkan dasar-dasar kerajaan.

Perkara ini terbukti benar menurut beliau bila Jabatan Penerangan Malaysia menang anugerah Emas dan Perak kategori Perhubungan Media dalam Anugerah Kecemerlangan Perhubungan Awam ASEAN 2015 baru-baru ini.

Tambahnya, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat memenangi anugerah Emas bagi Kempen “GST,” manakala Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Malaysia memenangi anugerah Perak bagi Pusat Media MH 370.

Anugerah Kecemerlangan Perhubungan Awam ASEAN 2015 diadakan pada 30 November 2015 , bertempat di Mahkota Ballroom 1, Hotel Istana Kuala Lumpur.

Majlis berprestij ini dianjurkan oleh Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM), Institut Perniagaan Beretika Malaysia (BEIM) dan Akademi Perhubungan Awam Asian (APRA).

 

Tinggalkan komen anda