
Oleh Mohd Farhan Abd Rahim (Parit Buntar)
PARIT BUNTAR,8 Dis (Malaysiaaktif) — Orang ramai yang menggunakan kemudahan di Terminal Bas Ekspres Parit Buntar dijangka akan lebih selesa apabila siling baharu premis tersebut siap dipasang nanti.
Tujuan utama pembinaan siling ialah bagi menangani masalah burung gagak yang menggunakan alang bumbung sebagai tempat persinggahan hingga menyebabkan ruang terminal menjadi kotor.
Pihak berwajib pernah berusaha menangani masalah dengan cara menembak gagak-gagak tersebut, selain menggantung umpan acan ‘gagak mati’. Namun demikian, semua usaha itu gagal belaka.
Keadaan menjadi semakin serius apabila beberapa pokok besar di sekitar kawasan terminal dipotong menyebabkan gagak berpindah dengan lebih banyak ke alang bangunan.
Pembinaan siling yang sedang berjalan dijangka siap pada 15 Disember.