Skip to main content
EkonomiHomeViral

Azalina Gesa Orang Ramai Hormat Keputusan Peguam Negara

By 27 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Malaysiaaktif) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menggesa orang ramai supaya menghormati keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi yang telah menutup kes SRC International dan dana 2.6 bilion membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata rakyat perlu berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat palsu, terutama dalam media sosial.

Jelasnya, orang ramai juga tidak mempunyai asas untuk mencabar keputusan atau pendakwaan peguam negara itu.

“Di bawah Perkara 145(3), Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.

Kuasa budibicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) adalah mutlak, tidak boleh dicabar atau digantikan oleh mana-mana kuasa termasuk Mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, keputusan itu telah dibuat selepas penelitian penuh terhadap laporan yang diberikan daripada pelbagai pihak.

“Oleh itu semua pihak, termasuk SPRM perlu patuh kepada keputusan tersebut,” katanya.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda