Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Beg Terbesar Di Dunia Kini Di Kota Bharu

By 14 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Normah Sapain & Rosli Md Zin

KOTA BHARU, 14 Jan (Malaysia Aktif) – Rakyat Kelantan kini boleh berkunjung ke KB Mall, Kota Bharu untuk menyaksikan sendiri beg terbesar di dunia melalui Kempen Melawat Pameran Beg Terbesar di Dunia. Kempen anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia ini bermula 14 Januari sehingga 23 Januari 2016 dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Menariknya, beg yang mampu memuatkan dua buah kereta Perodua Myvi ini dihasilkan menggunakan 2,984 helai kemeja terpakai. Beg terbesar di dunia ini berukuran sepanjang 25 kaki, tinggi 17 kaki 10 inci dan lebar 9 kaki 11 inci dan telah diiktiraf oleh Guinness World Records. Beg tersebut.

Seramai 1,492 tenaga kerja telah bergabung untuk menyiapkan pameran yang memakan masa selama enam bulan untuk siap.

Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar dengan mengamalkan proses kitar semula kain-kain terpakai. Usaha gigih ini telah mendapat sokongan padu daripada 31 buah agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

Julung kalinya, program seumpama ini diadakan di Kelantan yang merupakan negeri kelapan di Malaysia yang terpilih untuk mempamerkan beg tersebut. Di samping itu, hasil kraf tangan lain yang dihasilkan menggunakan fabrik turut dipamerkan.

 

Tinggalkan komen anda